"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan: Halau Apco keluar dari Malaysia

Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang menuntut syarikat perunding perhubungan awam antarabangsa Apco Worldwide yang didakwa ada kaitan dengan Israel dihalau keluar dari negara ini pada kadar segera.

NONESetiausaha Pemuda PKR Syed Mikael Rizal Aidid menggesa polis agar segera menjalankan siasatan berhubung dakwaan bahawa kempen 1Malaysia dikaitkan dengan Apco dan rejim Israel.

Menurut beliau rakyat negara ini amat prihatin dengan pendedahan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, semalam.

Anwar mengemukakan dua dokumen semalam bagi membuktikan hubungan berkenaan - satu daripada perjanjian ditandatangani antara Apco dan kerajaan Malaysia yang disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.

“Kita amat bimbang dengan keselamatan negara ini kerana seorang daripada penasihat Apco ialah Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatandan perlindungan Agensi Keselamatan Israel,” kata Syed Mikael.

Beliau sebelum NONEitu membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Jalan Patani di Pulau Pinang.

“Bergerbest-Eilon dengan jelas terbabit dengan agenda penyembelihan dan pembunuhan masyarakat Islam di Palestin.

“Apco mempunyai agenda yang disokong oleh beberapa individu yang berpengaruh...yang condong kepada rejim Zionist-Israel.”

Selain Syed Mikael, hadir sama membuat laporan polis itu ialah Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang dan Mohd Noor Harun, Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Pulau Pinang.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: