Pengerusi Mazlan Aliman mengesahkan 50 peratus dari 3,500 ahli berdaftar bukan ahli Pas dan Pakatan Rakyat.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat ini berkata ANAK membawa pendekatan baru dalam memupuk kesedaran di kalangan generasi Felda, dan hasilnya ANAK berjaya menubuhkan 43 cawangan di seluruh negara. ANAK mensasarkan penubuhan 70 cawangan baru sebelum tahun baru kunjung tiba.
"Tidak cukup sekadar mengatur ceramah mengajak masyarakat berubah. Pendekatan turun padang, dialog dan menjelaskan isu-isu berkepentingan seperti isu hak milik, ganguan pengurusan dan isu tanam semula haruslah dibuat secarta berhemah dan bukan menyerang pegawai Felda," katanya.
FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956. Ianya ditadbir oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Timbalan Perdana Menteri.
Mazlan berkata kejayaan ANAK mendorong penubuhan badan khususnya untuk generasi peladang Felcra, bermula dengan Himpunan Warga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Kebangsaan di Pasir Salak, Perak, 1 Ogos depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan