Pada 6 Mac 2010, Lembaga Displin PKR memecat Zulkifli Nordin daripada Parti PKR. Beliau berkata wujudnya 'firaun kecil' dalam PKR dan 'badut hingusan' dalam PAS. Ketika dia mengulas isu pasir di Selangor dengan memetik kenyataan YB Wee Choo Keong yang menyebut tentang Kit Siang yang asyik melalak tuntut Suruhanjaya DiRaja kalau ada dakwaan terhadap orang lain, tiba-tiba senyap membisu macam kucing tidor?
Beliau juga menghina dengan katanya “Mana hilangnya suara budak-budak ingusan dan pak-pak janggot yang pantang lepa orang lain buat silap sikit, dia punya melalak sampai kering kerongkong! Tetapi apabila Selangor mengadakan sidang SELCAT berkait isu berkenaan beliau hanya diam membisu.
Beliau tetap melabel PR dan pimpinannya dengan pelbagai tuduhan. “Inilah dia yang saya label sebagai "Politik Dualam"-politik dua alam, politik double standard”. Siapa sebenarnya pengamal politik dua alam ini?
Kekadang kesian juga tengok Zulkifli Nordin ni. Dah mati kuku dia ni. Biasanya sebagai pengkritik lantang tetapi semenjak bertemu dengan Najib dan diajak sekali menyertai rombongan beliau, terus terpelosok kepalanya bak kura-kura terkejutkan petir. Nak bersyarah apa kepada puak-puak UMNO-BN tu? Nak cakap Islam? Orang UMNO nak dengar ke? Selama ini berapi-rapi berceramah di pentas dan masjid. Hari ini berlenjer air liur dijilatnya kembali. Kini beliau pula menjadi jurucakap UMNO-BN yang menyeru supaya keluar daripada Pakatan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas. “Marilah kita bergabung meneruskan agenda perjuangan reformasi yang tulin sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat dan Negara. Berhijrahlah untuk reformasi, bersama kita memartabatkan suara dan hak rakyat Malaysia.”
Dalam isu serangan Israel terhadap bantuan kemanusiaan, beliau menyebut kini harimau-harimau Islam sudah tiada. Harimau seperti 'Umar Ibnu Khattab, Khalid Al Walid, Sallahuddin Al Ayubi Sultan Muhammad Al Fateh. Kita perlu melahirkan lebih ramai mujahidin dan syuhada, yang menyintai mati syahid dan syurga. Saya meminta khatib minggu ini menyampaikan khutbah mengenai jihad dan mati syahid, agar umat Islam kembali menjadi singa disiang hari, dan 'abid dimalam hari. Fuhhh berapi-rapi. Dah duduk bersama Mat Misai takkan tak boleh jadi harimau Islam lagi kot. Berani ke canggah ‘Firaun Besar’ dalam UMNO tu. Ke hanya jurucakap hentam PR sahaja tetapi jadi setan bisu pulak terhadap isu APCO dan Judi bola UMNO-BN ni. Kesian… dok berkupiah putih dicelah-celah songkok tinggi-tinggi.
Allah berfirman dalam Surah al-balad:-
أَلَمْ نَجْعَلْ لَهُ عَيْنَيْنِ . وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ . وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ
Bukankah kami Telah memberikan kepadanya dua buah mata. Lidah dan dua buah bibir. Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. Ayat: 7-9
أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ . وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا هُمْ أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ
Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan. Dan orang-orang yang menolak ayat-ayat kami, mereka itu adalah golongan kiri. Ayat: 18-19
Macamana ni? Kiri pun tidak, kanan pun tidak? Atas pagar ke? Tercucuk pagar, rabak punggung kang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan