T
“Ia adalah masalah kelemahan pihak pengurusan dan bukannya berlaku penyelewengan di peringkat kepimpinan koperasi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Halalan Toyyiban di Kota Bharu, hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali agar PAS mendedahkan kedudukan wang sebanyak RM45 juta dilaporkan kini disiasat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri menyifatkan tindakan Ibrahim mendedahkan isu itu sekarang sebagai sudah terlambat.
"Nampaknya dia (Ibrahim) tak kerja lain menyebabkan ia membangkitkan isu itu," katanya.
Menurutnya, ketika ini koperasi itu dalam peringkat penyusunan semula pengurusannya bagi menggerakkan semula aktivitinya untuk kepentingan anggotanya.
“Kita percaya wujud kelemahan di peringkat pengurusan, yang mungkin membuat kesilapan pelaburan atau sebagainya,” kata beliau.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan