"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ingatan Mufti Harusanasini - UMNO kian terdesak

mamak
Oleh radens albanjari
Mohon pencerahan, siapakah pemimpin PAS yang pergi berjumpa Tok Mufti itu ? Biarpun agendanya bukan kepada penyatuan PAS dan UMNO, dan sekadar mendapatkan 'pandangan', maka perlukah pandangan itu harus berkiblatkan kepada Tok Mufti ini ? Atau ada agenda lain yang mahu digelapkan kepengetahuan umum..??>
Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya: ''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.
''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."
Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.
Anaksengat - Apahal lagi Harusani ni. Tiba tiba ada plak cerita wakil PAS dan umNO datang jumpe dia bertanya bagaimana nak menyatukan kedua dua parti.

Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak." SINI Aku jadi musykil sebab Harusani pernah cerita pasal perpaduan masa nak tubuh kerajaan Perak.

Versi cerita Harusani jauh lari dari hakikat kebenaran, tiba tiba cerita pulak kononnya ada pemimpin PAS jumpa beliau. Kalau ini cerita baru , aku sangat sangsi... kalau cerita dulu... Harusani yang cari pemimpin PAS.

Aku nak tahu pemimpin mana yang nak jumpa Harusani bincang pasal penyatuan ini. Setahu aku pemimpin PAS khususnya di Perak langsung tak percaya dengan Harusani ni. Apatah lagi nak harapkan beliau menyatukan PAS dengan umNO.

PAS pun dah buat keputusan berkali kali takkan bersatu dengan umNO. Nak kata Harusani ni mengingau takkan mengingau masa rasmi majlis? Nak kata nyanyuk ...ade potensi agaknye.... Maklumle..melayu..melayu.. adalah ratib Harusani...

Memang ada rombongan PAS jumpa Harusani selepas umNO rompak kerajaan ini khususny pemuda negeri... tapi bukan pasal penyatuan PAS dan umNO... hanya Harusani yang meratipkan penyatuan melayu PAS dan umNO sedangkan pemuda tak layan pun...

Aku sangat bimbang dengan perkembangan Harusani kebelakangan ni... Kalaulah apa yang dikatakan Harusani ni satu kebenaran... sila sebut pemimpin mana supaya mereka boleh menjelaskan keadaan sebenar... Jangan mengingau tengah hari... apatah lagi takut nanti orang cop Mufti Pembohong!!!

Tiada ulasan: