"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiga maut, banjir semakin buruk di empat negeri

Shannon Teoh, Syed Mu’az Syed Putra dan Boo Su-Lyn
Sebahagian daripada mangsa banjir di kawasan Segamat dipindahkan ke tempat lebih selamat oleh pasukan menyelamat mangsa banjir hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 31 Jan: Dengan tiga kematian dan lebih 40,000 telah dipindahkan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang hari ini, masih ramai terperangkap di beberapa bandar di Johor dengan ketiadaan bekalan elektrik atau bekalan makanan, memaksa pasukan tentera menyertai operasi menyelamat mangsa.
Sehingga pukul 6.45 petang tadi, sebahagian besar Johor diselubungi awan mendung manakala maklumat pihak berkuasa kaji cuaca menunjukkan hujan akan turun sehingga hujung minggu ini.
Di Labis, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, bencana banjir yang melanda Labis, Segamat, Kluang,
Ledang dan beberapa daerah lain sejak dua hari lepas, berpunca akibat keadaan cuaca hujan lebat yang disifatkannya sebagai luar biasa.
Terdahulu beliau mengunjungi pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Agama Labis - sehari selepas pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang. Pusat itu menempatkan 830 orang daripada 137 keluarga, yang terjejas ababila banjir melanda beberapa kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan di sekitar Labis.
Kata Muhyiddin, segala usaha untuk memindahkan mangsa dan memberi pelbagai bantuan kemanusiaan telah digerakkan melibatkan kerajaan negeri dan pelbagai agensi kerajaan pusat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Beliau turut meminta Kementerian Pertahanan menggerakkan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu operasi pemindahan mangsa banjir.
Bencana kali ini diakibatkan hujan berterusan selama hampir 10 hari, kata penduduk Segamat manakala menurut Jabatan Meteorologi, hujan dijangka turun hingga minggu ini di Segamat, Kota Tinggi dan Kluang.
Johor menyaksikan lebih  37,000 telah dipindahkan dengan dua kematian manakala di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang membabitkan sekitar 5,000 orang.
Seorang meninggal dunia di Jasin, Melaka.
Penduduk tempatan Segamat bimbang keadaan banjir akan semakin buruk berbanding yang melanda kawasan itu pada Disember 2006 dan Januari 2007.

Baca selanjutnya di sini
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: