"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gobala Terperangkap Dengan Mentaliti Lapuk


PETALING JAYA, 1 FEB: N Gobalakrisnan masih terperangkap dengan mentaliti lapukdan melayakkannya keluar parti, kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Jelasnya, pemimpin yang bersifat perkauman dan rasis memang layak keluar dari parti PKR. Sebelum ini Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin menuduh PKR mengabaikan masyarakat Melayu.

Ahli Parlimen Padang Serai itu mengumumkan keluar parti Sabtu lalu selepas berkali-kali menuduh bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu meminggirkan masyarakat India.

"Tuduhan-tuduhan bercanggah ini membuktikan bahawa pemimpin yang masih terperangkap dengan mentaliti perkauman tidak sesuai berada di dalam PKR yang merupakan parti politik pelbagai kaum yang progresif.

PKR turut memperbetulkan laporan sebuah portal berita yang menyebut 40 peratus ahli parti itu adalah kaum India, manakala Gobala mendakwa 90 peratus pimpinan PKR adalah Melayu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Nik Nazmi memberitahu daripada 371,612 ahli PKR, 45 peratus adalah Melayu, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus.

Manakala Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2010-2013 terdiri daripada Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus dan Bumiputera Sabah, Sarawak serta lain-lain 4 peratus.

Tegas Nik Nazmi lagi, majoriti besar pimpinan PKR dipilih menerusi sistem satu ahli satu undi, dan ahli PKR jelas meletakkan kebolehan, keupayaan serta komitmen kepada perjuangan mengatasi sebarang perkiraan perkauman.

Beliau menambah, rakyat akan menilainya dalam pilihan raya umum akan datang dan PKR sebagai parti politik pelbagai kaum yang progresif akan terus bergerak ke hadapan.
-tvsnews-

Tiada ulasan: