"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Harimau jaguar bermata juling dan ikan paus bengkok


SEEKOR harimau jaguar yang memiliki sepasang mata juling kini menjadi daya tarikan di Zoo Delitzscher di Jerman.
BERLIN: Seekor harimau jaguar yang mempunyai sepasang mata juling menjadi tumpuan para pengunjung Zoo Delitzscher di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.

Harimau jantan berusia 14 tahun itu tinggal dekat sebuah zoo di Leipzig yang turut menempatkan haiwan possum bermata juling bernama Heidi.
Jurucakap zoo tempat harimau jaguar itu dipelihara menyatakan, pihaknya tidak mengetahui kenapa ia memiliki sepasang mata juling.
"Ia amat gembira tetapi haiwan itu tidak akan dapat hidup lama dalam hutan kerana mata tersebut," katanya.
Dia menjelaskan, kesan daripada mata juling itu, haiwan tersebut tidak suka memburu dan memanjat.

SEEKOR ikan paus yang bengkok dekat bahagian ekor ditemui dekat perairan Pulau Kauai, Hawaii pada Isnin lalu.

HONOLULU: Seekor ikan paus yang gambarnya dirakamkan dari udara di Pulau Kauai, Hawaii didapati bengkok dekat bahagian ekornya, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar ikan paus humpback itu dirakamkan dari sebuah pesawat pada Isnin lalu.
Pada mulanya, terdapat tanggapan bahawa sebuah bot mungkin melanggar bahagian belakang ikan tersebut.
Namun, seorang penyelaras Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), David Schofield berkata, ikan itu bengkok mungkin disebabkan penyakit scoliosis atau tulang melengkung.
Penyakit itu jarang dihidapi haiwan tetapi beberapa saintis menyatakan mereka pernah melihat ia turut berlaku ke atas ikan lumba-lumba. 
-Agensi-

Tiada ulasan: