"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Solat dua imam, bongkar fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz

milosuam
Laporan berita di mStar hari jumaat lalu menyiarkan kenyataan murka Sultan Johor terhadap insiden solat dua imam yang berlaku di sebuah masjid di DUN Tenang. Di bawah ini screenshot yang dipetik dari potal tersebut [mStar].





Berikutan dengan tersiarnya berita kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim, gerombolan blogger, facebooker dan penyokong UMNO Barisan Nasional mengambil peluang untuk menaburkan fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz di blog-blog dan di facebook. Mereka memaparkan sebuah gambar kononnya Tuan Guru Nik Aziz terlibat di dalam hal ini. Rujuk link-link ini [Facebook], [Facebook]

Gerombolan blogger, facebooker dan penyokong kumpulan songkok tinggi menaburkan fitnah kononnya Tuan Guru Nik Aziz mengimamkan solat sebelum sebuah lagi jemaah di hadapan beliau selesai mengerjakan solat, tujuan fitnah ini untuk menggambarkan kononnya Tuan Guru membawakan ajaran sesat bersolat dua imam.

Namun begitu seperti biasa, fitnah mereka terbongkar lagi. Ternyata tiada pun jemaah lain yang bersolat ketika itu. Gambar seseorang yang dikatakan imam di depan jemaah Tuan Guru, sebenarnya melakukan solat sendirian, dan bukanlah meimamkan solat lebih awal seperti yang didakwa oleh gerombolan songkok tinggi.

Di bawah ini sekeping gambar semasa jemaah Tuan Guru sedang memulakan solat berjamaah sebelum itu. Ternyata tiada jemaah lain yang sudah mula bersolat

ReJaM© "Bila bercakap tiada fakta, bila menyampaikan berita mereka memfitnah, inilah gerombolan songkok tinggi yang mengaku mereka sebagai pejuang Islam sebenar..."

source: milosuam

1 ulasan:

atiq berkata...

abenda lah kau ni..tengok gambar atas tu imam dan makmumnya ngah doa.tengok tangan depa..pas nak abis (T.akhir) sembahyang. Aziz+makmum baru angkat takbir. gambar bawah tu jemaah mesjid baru abih sembhyang..pas pun baru nak sembahyang. Masa panjang tu..Maknanya PAS memang tunggu jemaah abih sembahyang..melilau tunggu naziz jadi imam.. jemaah depannya kasi jalan..ada islam ajar ke gitu? pe salah ikut? Yang depan tu duduk atas sejadah yang biasa untuk imam..