"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN gabra macam Firaun, kelaku macam komunis

Pak Dee JantanApabila Firaun terdengar tilikan ahli sihir bahawa akan lahir seorang lelaki yang akan bangun mencabar dan menjatuhkannya, maka Firaun jadi gabra dan ketakutan yang amat sangat. Lalu dia mengarahkan supaya pasukan polis dalam kerajaannya membunuh semua kanak-kanak lelaki yang baru dilahirkan. Ditakdirkan Allah SWT, Firaun dijatuhkan oleh lelaki yang membesar dalam istananya sendiri iaitu Nabi Musa.

Ketakutan Firaun lebihkurang sama dengan ketakutan Najib dan BN sekarang menghadapi kebangkitan rakyat.  undang-undang pakai baju kuning pun jadi satu kesalahan, sebut BERSIH pun kena tangkap lebih kurang macam  Firaun buat undang-undang tak boleh lahirkan anak lelaki.

Buat ceramah tak boleh, bercakap tak boleh, pakai baju tak boleh, jual baju tak boleh… ada saja kaitan dengan Bersih semua kena tangkap masuk lokap. Pagi ini 14 orang aktivis PR ditangkap polis kerana pakai dan jual baju Bersih, apa punya zalim BN.

Apakah kebebasan bersuara akan dihapuskan di Malaysia dan Malaysia sedang menuju kepada sebuah pemerintahan ala Komunis di mana semua rakyat wajib penganut fahaman parti yang memerintah?!

Berfikirlah semua rakyat Malaysia…


BN gabra macam Firaun, kelaku macam komunis

Tiada ulasan: