"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bayi lelaki masih bertali pusat dibuang di tepi jalan meninggal ketika dirawat

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
 BAYI lelaki masih bertali pusat ditemui di tepi jalan sebelum meninggal dunia ketika dirawat.
BAYI lelaki masih bertali pusat ditemui di tepi jalan sebelum meninggal dunia ketika dirawat.
Kajang: Bayi lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas ditemui orang awam tanpa pakaian dan masih bertali pusat serta uri dibuang di tepi jalan berhampiran parkir sebuah pangsapuri, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hasan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun pada 7.07 pagi.

"Bayi itu dipercayai baharu dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan uri dan tiada sebarang pakaian atau nota ditinggalkan bersama bayi berkenaan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan awal dan disahkan berada dalam keadaan tenat.

"Setelah rawatan diberikan, pihak hospital mengesahkan bayi berkenaan meninggal dunia pada 10.35 pagi ," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak forensik untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara mencecah tujuh tahun, denda, atau kedua-dua sekali.

"Sebarang maklumat berkaitan bayi atau ibu bayi berkenaan boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209960," katanya.

Tiada ulasan: