"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis serbu pusat panggilan tipu warga Vietnam

Bernama

KUALA LUMPUR: Polis menahan 19 warga asing selepas menyerbu sebuah rumah di Kajang, yang dijadikan sebagai ‘pusat panggilan’ kegiatan penipuan dalam talian yang menyasarkan warga Vietnam, semalam.

Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata 13 lelaki dan enam wanita itu disyaki menjalankan kegiatan penipuan tawaran kerja sambilan yang tidak wujud.

“Seorang daripada yang ditahan adalah lelaki warga China, manakala selebihnya warga Vietnam, dan turut dirampas dalam serbuan berkenaan ialah 15 komputer pelbagai jenama, 35 unit telefon bimbit pelbagai jenis, dan satu set kunci rumah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata biasanya mangsa penipuan ini pada mulanya akan dihubungi dengan menggunakan aplikasi Zalo, satu platform media sosial yang berpangkalan di Vietnam, dan ditawarkan kerja sambilan dengan membuat tugasan pembelian melalui laman web e-dagang Vietnam yang palsu.

Katanya semua suspek yang berumur 18 hingga 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Tiada ulasan: