"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dilabel ‘biawak hidup’, pemimpin MIC minta dikeluar dari BN

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pemimpin MIC membidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Adam melabel partinya dan MCA sebagai “biawak hidup” kerana tidak lagi mampu menyumbang kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangannya Thinalan Rajagopalu berkata jika benar parti itu dirasakan sebagai beban, beliau meminta Lokman mencadangkan kepada Pengerusi BN Zahid Hamidi supaya mengeluarkannya dari gabungan berkenaan.

“Jika berat sangat beban memikul MIC, bincanglah dengan presiden Umno dan bawakan satu resolusi untuk mengeluarkan MIC daripada BN.

“Jangan hanya untuk mendapat perhatian murahan, Lokman mengeluarkan kenyataan sinis…beliau sendiri pun tidak mampu menang pilihan raya,” katanya merujuk kekalahan Lokman di PRK Sungai Kandis pada 2018.

Katanya, MIC tidak pernah meminggirkan BN sejak penubuhannya dan kekal sehingga kini walaupun parti itu tidak diberi sebarang kedudukan dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Adakah kami menuntut apa-apa jawatan hanya untuk mengekalkan sokongan kepada BN?

“Tidak ada satu jawatan pun diterima oleh MIC sedangkan Umno yang menerima semua jawatan kerajaan dan GLC pula menuding jari kepada parti komponen?,” katanya.

Tiada ulasan: