"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Betulkah ‘Bebas Najib’ hanya untuk reda penyokong bekas PM

Siti Khadijah Norhisham dan Raja Nurdiyana Syairah Raja Omar
Penganalisis berkata lebih mudah memujuk penyokong Umno bekerjasama dengan DAP daripada meyakinkan penyokong PH tentang pembebasan Najib Razak.
PETALING JAYA: Penganalisis politik percaya pimpinan Umno membangkitkan topik pembebasan Najib Razak untuk meredakan penyokong bekas perdana menteri itu.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata isu itu tiada impak pilihan raya kerana pengundi lebih terkesan dengan naratif agama dan kaum yang dibawa Perikatan Nasional.

“Isu pembebasan Najib lebih menjurus kepada meredakan kumpulan penyokong ‘Bosku’ dalam Umno dan memberikan harapan bahawa pucuk pimpinan sekarang tidak melupakan jasa dan pengorbanannya,” katanya kepada FMT.

Hisommudin berkata pimpinan Umno mahu menoktahkan sebarang perpecahan dalaman, “bagi memusatkan kekuatan jentera bagi menghadapi PRN di enam negeri”.

Presiden Zahid Hamidi pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini menegaskan komitmen kepada usaha membebaskan Najib, yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram, dan pecah amanah jenayah membabitkan dana SRC International.

Bekas presiden Umno itu mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada Ogos 2022. Usaha untuk mendapatkan pengampunan diraja dimulakan pada April tahun ini.

Sementara itu, Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata isu ekonomi dan agenda reformasi lebih besar impaknya dalam menarik sokongan pengundi berbanding pembebasan Najib.

Beliau percaya isu Najib tidak akan membantu Umno pada PRN akan datang.

“Lebih mudah untuk pemimpin Umno memujuk penyokong parti bekerjasama dengan DAP, daripada meyakinkan penyokong Pakatan Harapan kenapa Najib perlu dibebaskan.”

Tiada ulasan: