"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hina anggota bawahan, inspektor wanita ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pegawai polis wanita yang dirakam menghina anggota bawahannya ditahan susulan dua kertas siasatan dibuka terhadapnya.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata wanita berpangkat inspektor itu pertama kali dipanggil ke IPD Gombak semalam berhubung pertengkaran dengan dua anggota polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Khamis lalu.

Katanya, pegawai itu sekali lagi ke IPD Gombak hari ini untuk dirakam percakapan berhubung siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Beliau berkata, wanita itu disiasat atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan menggunakan perkataan kurang sopan, aib atau menghina.

“Semalam dia dipanggil (ke IPD Gombak) dan hari ini dia ditahan di IPD berkenaan berhubung dua kertas siasatan yang dibuka terhadapnya,” katanya menurut Berita Harian.

Selepas video pertengkaran wanita itu dengan anggota bawahan di Batu Caves tular Khamis lalu, satu lagi klip video memaparkan pegawai sama bertengkar dengan orang awam di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields tersebar sejak semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 5.30 petang kelmarin dan seorang wanita membuat laporan di IPD Brickfields mendakwa pegawai terbabit memarahi beliau dan keluarganya, serta menuding jari ke arah kepalanya.

Tiada ulasan: