"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar KJ-Muhyiddin: Tunggu pengumuman Kata pemimpin Bersatu

FMT Reporters

PETALING JAYA: “Tunggu pengumuman presiden (Muhyiddin Yassin),” kata Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berhubung spekulasi penyertaan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke Bersatu.

Instagram bekas menteri kesihatan itu hari ini memaparkan gambarnya bersama Muhyiddin, di sebalik spekulasi mengenai parti pilihan beliau menjelang PRN akan datang.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan bila pertemuan itu berlaku.

Semalam, Muhyiddin dalam satu majlis di Pulau Pinang berkata beliau sudah menetapkan tarikh iaitu pada minggu ini untuk berjumpa Khairy bagi membincangkan tawaran menyertai Bersatu.

Razali memaklumkan beliau tiada maklumat lanjut mengenai gambar di Instagram itu, dan meminta media menunggu pengumuman Muhyiddin.

“Tetapi saya yakin Khairy tidak akan menyertai semula Umno atau menubuhkan parti baharu seperti digembar-gemburkan.

“Kita alu-alukan beliau jika mahu sertai PN,” katanya kepada FMT.

Pada 17 Mei lalu, Muhyiddin secara umum menawarkan jawatan dalam majlis pimpinan tertinggi Bersatu kepada Khairy, yang meminta masa untuk mempertimbangkannya.

Umno memecat bekas Ahli Parlimen Rembau itu atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu PRU15.

FMT sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak Khairy.

Tiada ulasan: