"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kepala air di Hulu Selangor, 1 wanita ditemui lemas

FMT Reporters
Bomba masih mencari seorang lagi mangsa. (Gambar bomba)
PETALING JAYA: Seorang wanita ditemui lemas dalam kejadian kepala air di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak dekat Kuala Kubu Bharu.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa belum dikenal pasti identitinya dipercayai hanyut dibawa arus deras ketika mandi di lokasi bersama seorang lagi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari balai bomba Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat.

“Mereka dipercayai hanyut dibawa arus deras (kepala air) ketika mandi di lokasi kejadian.

“Semasa SAR dijalankan, seorang daripada wanita itu dijumpai di celah batu,” katanya dalam satu kenyataan.

Ehsan berkata pihaknya kini dalam usaha mencari mangsa kedua.

Tiada ulasan: