"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Panik!! pegawai polis telan wang kertas RM556, ketika kena serbu minta rasuah

KIM SYAZIE

Gara-gara mahu melupuskan bukti, seorang pegawai polis sanggup menelan segumpal wang kertas berjumlah RM556 selepas panik diserbu ketika sedang meminta rasuah dan memeras ugut seorang ahli perniagaan.

Kejadian dilapor berlaku melibatkan pegawai polis Colombia yang korup – yang ketika itu meminta wang bernilai kira-kira 500,000 peso.

Pegawai polis itu dilaporkan telah menekan mangsanya untuk mendapatkan wang sebagai pertukaran kerana tidak menangkapnya atas tuduhan yang dibuat-buat, lapor akhbar The Guardian.

Bagaimanapun, anggota polis itu tidak mengetahui bahawa ahli perniagaan tersebut telah memaklumkan kepada Unit Antipenculikan dan Peras Ugut Colombia terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan polis berkenaan di Sachoa.

Ketika pegawai pencegah rasuah tiba, polis itu nekad menelan sembilan keping wang kertas tersebut dengan harapan dapat menghapuskan bukti.

Dia bagaimanapun terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan selepas tercekik wang tersebut.

Video yang disiarkan di The Guardian memaparkan polis tersebut mengaku tidak bersalah sambil tercungap-cungap dalam sebuah van polis.

“Saya tidak menerima apa-apa, sama sekali tidak ada, saya tidak tahu apa yang mereka bicarakan,” ujar polis itu sambil sesak nafas

Seorang pegawai pencegah rasuah berkata bahawa polis itu terpaksa dibawa ke hospital bagi mengeluarkan wang tersebut dari perutnya.

Pengarah pejabat peguam tempatan memaklumkan kepada media tempatan bahawa wang kertas itu diperbuat daripada bahan yang keras dan tidak mudah untuk dihadam.

Ahli perniagaan tersebut memberitahu The Guardian bahawa dua pegawai polis tersebut telah menuduhnya melakukan jenayah seksual untuk mendesaknya menyerahkan dua juta peso.

Walau bagaimanapun, dia hanya mampu mengumpul separuh daripada jumlah itu dan diheret ke balai polis kerana polis tersebut mengharapkan dengan berbuat demikian, mereka akan dapat jumlah penuh seperti yang diminta.

Kedua-dua pegawai tersebut dilaporkan sedang dalam siasatan.

Tiada ulasan: