"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bangla lupa tarik brek tangan, keretanya menggelongsor ke kawasan tambak

FMT Reporters
Keadaan kereta Volvo yang ditenggelami air pasang di Pantai Klebang, Melaka hari ini. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA: Sebuah kereta Volvo milik seorang warga Bangladesh ditenggelami air pasang di Pantai Klebang, Melaka akibat terlupa menarik brek tangan.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, kejadian kira-kira 5 pagi tadi itu berlaku ketika lelaki 38 tahun terbabit ke pantai berkenaan untuk berehat, dia kemudian terlelap dan terlupa menarik brek tangan.

“Dia hanya tersedar selepas keretanya menggelongsor ke kawasan tambak lalu tersangkut dalam pasir dan tidak dapat bergerak.

“Tidak lama selepas itu, air pantai mulai pasang sehingga menyebabkan separuh keretanya ditenggelami air sebelum dia cuba mendapatkan bantuan trak tunda,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, warga asing itu meninggalkan keretanya di lokasi kejadian kerana tiada wang membayar kos penundaan.

Katanya, lelaki itu mempunyai lesen memandu dan kereta berkenaan tidak terbabit sebarang kes jenayah.

“Kereta itu dibawa keluar oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan dibawa ke pusat simpanan pihak berkuasa tempatan berkenaan bagi proses tuntutan kos urusan penundaan daripada pemiliknya.”

Tiada ulasan: