Bernama
ELDORET: Lima kanak-kanak maut selepas bot dinaiki mereka di sebuah taman hiburan popular terbalik pada Sabtu di daerah Uasin Gishu, barat Kenya, lapor Xinhua.
Polis dalam laporan keselamatan berkata murid-murid dari Sekolah Rendah Arap Moi dan guru mereka ke taman itu untuk menaiki bot di sebuah empangan buatan.
Bot itu terbalik kira-kira 5 petang.
“Lima murid meninggal dunia akibat lemas, manakala seorang lagi murid terselamat dan dikejarkan ke hospital,” menurut laporan itu.
Ibu bapa yang berang menyerbu sekolah itu untuk mengetahui keadaan anak mereka.
Setiausaha Kabinet Pendidikan, Yehezkiel Machogu pada Ahad meminta sekolah terbabit, ibu bapa dan masyarakat bertenang serta bersabar sementara menunggu siasatan selesai.
Katanya, beliau sedang bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan untuk memastikan siasatan menyeluruh ke atas tragedi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan