"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar rakam terima kasih pada Fairus

Mohd Sabri Said  

PENANTI, 20 April (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih pada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohamad Fairus Khairudin kerana melaksanakan tugas dengan baik sepanjang perkhidmatannya.

Jasanya terang beliau, tidak akan dilupakan malahan dikenang sepanjang masa sebagai Adun yang berjaya menewaskan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Dato' Abdul Jalil Abdul Majid pada pilihanraya ke 12 lepas.

"Bahkan namanya juga terpahat sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1) termuda pernah dilantik dalam sebuah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang," kata Anwar

Jasanya tetap di kenang kerana pengorbanan dan istiqamahnya dalam perjuangan apabila melepaskan jawatan secara terhormat dengan alasan menyambung pelajar ke tahap lebih tinggi, menumpukan perhatian pada keluarga serta membersihkan namaya akibat difitnah.

Apa yang laksanakan sepanjang menjadi TKM 1 dan Adun akan disambung oleh individu lain yang bakal memenangi pilihanraya kecil kali ini.

Kekosongan kerusi N12 Penanti berkuatkuasa 8 April lalu setelah Fairus ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor untuk siasatan rasuah membabitkan kuari di Pulau Pinang.

Akibat pertuduhan itu Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng memberhentikan sementara operasi tiga buah kuari di Seberang Perai Tengah.Kerajaan juga menubuhkan satu jawatankuasa penyiasatan kuari yang diketuai oleh Exco Pertanaian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tembatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang bagi memastikan adakah berlaku rasuah sepertimana yang didakwa.

Tiada ulasan: