"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menjelangnya Hari-Hari Terakhir Kempen Pilihanraya Kecil, Media Arus Perdana Sekali Lagi Bakal Menjadi Punca Dan Penyebab Kekalahan BN


KUALA LUMPUR - Kempen pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan berakhir malam ini. Bebagai isu telah dibangkitkan oleh semua calon parti yang bertanding. Keputusan terletak ditangan pengundi sekarang. Mereka akan tentukan siapakah yang bakal dipilih sebagai wakil rakyat kawasan masing-masing. Keadaan semakin panas dan mendebarkan menjelangnya detik 12.00 malam ini. Biarpun kempen dilihat sudah tiba ke penghujungnya, namun saban kali berlakunya pilihanraya Barisan Nasional pasti akan dibantu oleh media arus perdana untuk mempengaruhi minda rakyat. Kami terpanggil untuk menonton laporan berita di RTM malam ini selepas memberi beberapa komentar kepada TV3 beberapa hari yang lalu. Ternyata, media arus perdana terutamanya RTM masih tidak mahu belajar dari kesilapan ketika pilihanraya umum ke-12 yang lalu. RTM masih lagi memaparkan berita-berita yang cukup meloyakan dan pastinya menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO dan Barisan Nasional. Kami sungguh tidak faham, kenapa mereka yang berada di Kementerian Penerangan masih tidak boleh bersikap terbuka dan profesional dalam memaparkan berita kepada rakyat. Apakah mereka fikir gaji yang mereka terima itu hanya dibayar oleh puak-puak UMNO dan BN sahaja agaknya?. Apakah mereka tidak pernah terfikir bahawa semua rakyat Malaysia tidak kira apa fahaman politik sekali pun tetap membayar cukai kepada kerajaan.

Maka sudah semestinya gaji mereka juga dibayar oleh rakyat yang tidak menyokong kerajaan itu sendiri. Maka kenapakan mereka tergamak
"melacurkan" RTM hanya untuk memaparkan berita-berita sebelah pihak atau "double standard"?. Tidak bolehkah mereka melaporkan berita dari kedua-dua belah pihak dan lebih neutral dan adil . Apakah mereka lupa penangan media arus perdanalah yang menyebabkan rakyat benci dan menolak BN dulu. Jika media arus perdana masih terus mendendangkan lagu lama, maka kami yakin mereka akan menjadi penyebab jika BN sekali lagi tewas dalam ketiga-tiga pilihanraya kecil yang akan diadakan esok. Sepatutnya, media arus perdana sudah melakukan"reform" seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sebenarnya.

Namun, jika masih ditakuk lama dan tidak mahu berubah-ubah maka yakinlah rakyat akan terus menghukum mereka sekali lagi. Pilihanraya kecil 
Permatang Pauh dan Kuala Terengganu menjadi saksi bahawa kerakusan media arus perdana menyebabkan pengundi menolak UMNOdan Barisan Nasional di sana. Apakah senario yang sama akan berlaku lagi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai kali ini. Mutakhir ini, media seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian terus memaparkan kehebatan dan kekuatan UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Sebaliknya, Pakatan Rakyat dilihat tidak mempunyai kekuatan dan berupaya untuk menang. Walhal sebenarnya apa yang berlaku ada sebaliknya. Inilah yang memusykilkan kita. Malam ini sahaja paparan berita yang amat memual dan meloyakan telah disajikan. Antaranya tentang kenyataan Anwar di Sabah ketika beliau menjadiTimbalan Perdana Menteri pada tahun 1995 dulu, kemudian beritaperletakan jawatan lima orang Ketua Bahagian PKR dengan 5,000 ahli kelaur parti, kes ucapan penceramah DAP yang menggunakan ayat Al-Quran, laporan polis terhadap beberapa kes yang melibatkan parti pembangkang serta berbagai-bagai lagi adengan yang sungguh memualkan. Sebaliknya dalam masa yang sama mereka menayangkan beberapa program mambantu rakyat dan kebajikan yang dibuat oleh calon-calon BN. Kemudian segala adengan itu disokong pula oleh pihak polis dan SPR sendiri, dengan memberi berbagai komen yang jelas memihak kepada BN. Semua ini sebenarnya bakal menyebabkan rakyat marah.

[Justeru itu, rakyat harus membuktikan bahawa telahan yang kami buat ini adalah benar belakan. Jika BN kalah, sebenarnya mereka berperang dengan diri mereka sendiri. Media yang terlalu agreasif menghentam pembangkang dan membodek, mencacai dan cuba mengangkat pemimpin mereka bakal menjadi punca segalanya. Maklumat sulit terkini yang kami terima pilihanraya kecil Bukit Gantang sokongan pengundi kepada PAS kini sekitar 67.4%, di Bukit Gantang kedudukan Pakatan rakyat masih 58.2% manakala di Batang Ai masih lagi 52.9%. Jika ini berlaku dan tidak berubah, maka harapan untuk kita melihat Pakatan Rakyat menang TKO 3-0 amatlah cerah. Cuma jika berlaku anjakan mungkin di Bukit Selambau dan juga Batang Ai. Apa yang penting di Bukit Gantang, kemungkinan besar MB Ir.Nizar bakal ditabalkan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu yang baru. Selamat mengundi].

Tiada ulasan: