Walaupun lega dengan penarikan balik penggantungan Harakah pada Jumaat lepas, tetapi sidang pengarangnya tetap kesal dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengakibatkan ia mengalami kerugian besar. Akhbar dwi-mingguan PAS itu - terbit setiap Isnin dan Jumaat - gagal diterbitkan selama tiga keluaran sejak arahan itu dikuatkuasakan serta-merta 23 Mac lalu. Menurut satu sumber akhbar itu, selain kerugian RM300,000 hasil jualan akhbar, ia juga kehilangan RM100,000 pendapatan iklan dalam tempoh tersebut. Sumber yang sama menyebut, ia juga mengalami kerugian setelah mencetak 50,000 keping pelekat dan 30,000 poster kempen 'Bebaskan Harakah' bagi membantah tindakan KDN itu. PAS melancarkan Hujjah mulai Jumaat lepas sebagai menggantikanHarakah - hari yang sama perdana menteri baru Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penarikan balik arahan kementerian tersebut. Selepas pengumuman itu, tabloid politik berusia 22 tahun itu diterbitkan seperti biasa mulai hari ini - dengan ketebalan 56 halaman dan harga kekal RM2 senaskhah. Akhbar baru PAS itu dicetak lebih 100,000 naskhah setebal 48 muka surat pada harga tersebut, termasuk untuk menghadapi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang yang ditandingi calonnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Selang 12 jam sebelum pengumuman mengejut Najib itu, KDN merampas Hujjah, yang tidak mempunyai permit penerbitan, di beberapa tempat di seluruh negara. Kira-kira 1,300 naskhah tabloid politik itu dirampas di Bukit Mertajam, sementara pegawai kementerian itu merampas filem reka bentuk akhbar tersebut di syarikat percetakannya di Shah Alam. Maklumat lengkap rampasan di tempat-tempat lain belum diperolehi, kata sumber kepada Malaysiakini. Walaupun kerajaan telah membatalkan tindakannya terhadapHarakah, tetapi kempen untuk kebebasan media alternatif akan diteruskan, kata pengarang berita Harakah Tarmizi Mat Jam. "Semua pihak mesti sedar bahawa tindakan Najib baru-baru ini bukanlah pembaharuan, ia hanya tindakan politik. "Dan, itu bukanlah tindakan politik yang bijak," katanya. malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Gantung: Harakah rugi RM400,000
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan