"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BUKIT GANTANG BUKIT SELAMBAU : KUGAN MATI KATAK. RAKYAT PERLU BANGUN BANTAH DI PETI UNDI ESOK

Setelah sekian lama menunggu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican, pada sidang media khas di Kementerian Kesihatan hari ini menyatakan Jawatankuasa Bebas Siasatan kes kematian A. Kugan mendapati punca kematian tahanan itu adalah disebabkan paru-paru berair akibat radang jantung dan diburukkan lagi oleh kecederaan berganda akibat objek tumpul.

Jawatankuasa Bebas itu dikatakan dianggotai oleh "pakar" dalam dan luar negara yang membuat kesimpulan itu hasil berdasarkan hasil dari laporan bedah siasat, analisa dan temuramah ke atas dua pakar yang menjalankan bedahsiasat.

Ujar Ismail perbezaan laporan bedahsiasat pertama dan kedua boleh dielakkan sekiranya terdapat komunikasi diantara pakar-pakar bedahsiasat berkenaan. Keadaan diperburukkan apabila bedahsiasat kedua hanya dilakukan seteah empat hari. Faktor itu membawa impak kepada badan simati.

Menurut Ismail, jawatankuasa berpendapat kecederaan Kugan itu diakibatkan oleh benda tumpul tetapi fleksibel seperti hos getah yang terlipat. Kesemua kecederaan yang ditemui tidak mencukupi untuk menyebabkan kematian secara lansung.

Seorang aktivis masyarakat menyatakan bahawa laporan yang dikemukakan itu adalah "bias" dan tidak komprehensif. Malah mereka yang menganggotai Jawatankuasa Siasatan tidak pernah didedahkan dan justeru itu kredibiliti mereka boleh dipersoalkan.

"Apa yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah
penubuhan Suruhanjaya DiRaja Siasatan untuk menyiasat kes Kugan, bukan jawatankuasa yang dilantik oleh kementerian yang boleh saja mengambil sikap berpihak lantaran tidak mengambilkira pandangan dari analisa dari pelbagai perspektif," ujarnya.

Ramai beranggapan keputusan hasil bedahsiasat yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan itu adalah percubaan untuk menyelamatkan maruah polis yang tercalar ekoran kes tersebut dan justeru itu ia sepatutnya dipertikaikan dan ditolak.

Rakyat khususnya mereka yang melihat kebenaran dan keadilan ditegakkan di dalam kes Kugan ini perlu menjadi pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai esok sebagai tempat untuk menyatakan bantahn dengan mengundi calon Pakatan Rakyat supaya ianya dapat memberi pengajaran kepada semua "goivernment servant" supaya tidak memperbodohkan rakyat serta tidak melakukan kerja "mengampu" dan "membodek" keterlaluan terutama apabila melibatkan kes kematian.

"Tan Sri Ismail perlu meletakkan jawatannya kerana beliau tidak dilihat sebagai mampu untuk melakukan pembelaan kepada keluarga simati tetapi lebih kepada membela polis yang telah melakukan kezaliman dan kerajaan yang BN yang didokongi oleh pihak berkenaan. Beliau dilihat cuba bermain politik terhadap isu berkenaan." tambahnya.

http://greenboc.blogspot.com/

Tiada ulasan: