"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS kini mendahului Umno dalam merebut pengundi Melayu, kata Mustafa


BUKIT GANTANG, 6 April: Sehari menjelang hari mengundi, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali memberitahu, PAS kini mendahului Umno dalam merebut hati pengundi Melayu.

"Peratusan pengundi Melayu telah memihak kepada kita dan kita telahpun mengatasi peratusan pengundi daripada Umno sekarang ini," kata Mustafa dalam sidang medianya di Markas PAS dekat Air Kuning, hari ini.

Sebelum ini, Mustafa dalam sidang medianya berkata, PAS mendahului BN dalam merebut undi bukan Melayu iaitu India dan Cina namun ketinggalan dalam merebut pengundi Melayu.

Hari ini, Mustafa memaklumkan, PAS kini berjaya mendahului Umno untuk pengundi Melayu di samping kekal untuk pengundi Cina dan India.

Ini bermakna, jika Mustafa berkata benar, calon PAS, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin bakal memenangi pilihan raya kecil ini.

“Jentera PAS menunjukkan mesra rakyat yang bersungguh-sungguh dan berbeza dengan Umno yang hanya berlakon dengan mahu meraih undi sahaja.

“Alhamdulillah, semua jentera dan pemimpin Pakatan Rakyat telah berkempen di Bukit Gantang,” ujarnya.  

Tiada ulasan: