"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hati-hati provokasi BN di saat akhir!

 
Izwan Abdul Halim & Bashir Ishak  

SUNGAI LALANG, 7 April (Hrkh)  Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua merayu kepada para petugas Pakatan Rakyat agar tidak memberi reaksi terhadap provokasi oleh para penyokong BN menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Kecil N.25 Dun Bukit Selambau.

Menurut beliau, semua itu merupakan satu perangkap yang boleh mengalih tumpuan dan fokus kepada pilihan raya serta mewujudkan rasa takut kepada rakyat sekaligus mengganggu prosedur pengundian.

Tian turut merayu kepada pihak polis agar dapat bertindak secara tegas dan profesional untuk mengelakkan segala konfontasi dan kekacauan.

Beliau juga menyeru kepada pihak polis agar tidak memihak kepada mana-mana pihak serta tidak menggunakan kekerasan dan keganasan melampau.

"Selepas jam 2 pagi kita dapati orang-orang muda yang memakai lambang BN merayau-rayau dan ke merata tempat. Ini melahirkan rasa takut orang ramai.

"Oleh itu kita minta polis hentikan dan kita bimbang ada unsur-unsur tertentu cuba provok dan mewujudkan ketegangan dan kekerasan, ini telah wujud pada pilihan raya lalu," ujarnya melahirkan harapan perkara itu tidak berlaku jika polis bertindak secara profesional.

Tiada ulasan: