"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Elizabeth belum boleh lega, gambar baru disedar di internet

Elizabeth belum boleh lega, gambar baru disedar di internet

PETALING JAYA: Elizabeth Wong baru lima hari kembali meneruskan tugasnya sebagai Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas bercuti dua bulan ekoran isu tersebarnya gambar separa bogel.

Walaupun Wong telah meminta "izinkan beliau meneruskan tugas untuk rakyat", nampak gaya isu itu muncul semula dan beliau 'bebas' sepenuhnya.

Mengulas mengenai penyebaran gambar-gambar baru melibatkan Wong, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihak kerajaan negeri akan mendapatkan gambar itu dan memberikannya kepada polis.

"Gambar itu jika ada intrusion of privacy (mencabuli privasi) kita minta pihak polis mengambil tindakan," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan bernilai RM2.0 juta kepada 25 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam.

Gambar-gambar terbaru Wong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, yang sedang tidur lena berpakaian baju singlet hitam dan menampakkan ketiaknya dikesan di sebuah laman blog baru-baru ini.

Ketua Penerangan Wanita PKR itu kembali bertugas sebagai exco kerajaan negeri Khamis lepas setelah bercuti selama dua bulan berikutan penyebaran gambar-gambar separuh bogel di Internet.

Beliau yang turut hadir pada majlis itu enggan memberikan sebarang komen apabila disoal wartawan.

Selepas dua bulan bercuti sejak kes penyebaran gambar separuh bogelnya kembali semula bertugas Khamis lalu.

Namun penyebar sebenar gambarnya itu masih belum dikesan.

Khamis lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, bekas teman lelaki Wong, Helmi Malek, 32, yang dikaitkan dengan penyebaran gambar tersebut belum dapat dijejaki.

Waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 25 Mac lepas terhadap Helmi telah diedarkan kepada semua pihak berkuasa yang mengawal pintu masuk negara bagi menahannya.

Helmi yang menghilangkan diri sejak 9 Februari lepas setelah dikaitkan dengan penyebaran gambar dan klip video Wong di internet, difahamkan kini berada di Batam, Indonesia.

Pada 15 Februari lepas, Wong, 37, membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan dua hari selepas itu Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan anggota Exco Selangor sebelum diberi cuti rehat oleh kerajaan negeri.

-mstar.com.my-

Tiada ulasan: