"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pertarungan Antara Ahmad Said Dan Idris Jusoh Semakin Hebat

Penyokong MB dakwa Idris Jusoh terlibat
Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan mendakwa bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh terbabit secara langsung dalam kemelut politik yang melanda Terengganu sekarang.

idris jusohBeliau mendakwa, Idris (foto) kecewa kerana tidak dilantik menjadi menteri besar Terengganu selepas pilihanraya umum lalu.

“Semua ADUN yang mahu menyingkirkan Ahmad merupakan orang Idris kerana mereka dipilih oleh bekas menteri besar itu untuk bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

“Ditambah pula dengan ramai penyokongnya kalah dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian tahun lalu.

rosol wahid ajil adun 150409“Datuk Rosol Wahid (foto) kalah, (Datuk) Din Adam kalah...orang-orang inilah yang tidak puas hati dengan menteri besar,” katanya yang merupakan penyokong kuat Ahmad.

Rosli yang juga ketua Umno bahagian Dungun berkata, mereka juga bersikap tidak mahu bersemuka untuk berbincang Ahmad bagi menyelesaikan isu yang mereka tidak puas hati itu.

Katanya, 10 ADUN berkenaan tidak pernah datang untuk menghadiri mesyuarat pra-majlis anjuran Umno negeri, sebelum sidang DUN bermula.

Dasar terbuka

“Mereka tidak mahu menerima Ahmad sebagai ketua, sepatutnya orang bawah mesti sokong orang atas.

“Soal pelantikan menteri besar ia dibuat berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri,” katanya.

rosli mat hassanRosli (foto) uga menolak dakwaan pengerusi kelab penyokong BN Terengganu, Datuk Rosol Wahid  bahawa Ahmad sukar ditemui.

Beliau berkata, menteri besar itu mengamalkan dasar terbuka dan sesiapa sahaja boleh bertemu dengannya.

“Orang kampung selalu penuh di pejabatnya. Telefon saja nak bertemunya, bukan payah sangat,” katanya.

Selasa lalu, 10 ADUN BN tidak menyertai sidang DUN atas dakwaan keselamatan mereka terancam setelah tiga daripada mereka menerima SMS berunsur ugutan.

Katanya, kumpulan ADUN BN mahu menyingkirkan menteri besar, kerana kecewa mereka kalah dalam pemilihan Umno bahagian tahun lalu.

MB T'ganu batal lawatan ke luar negeri
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah membatalkan lawatannya ke Russia dan Ukraine yang dijadualkan bermula hari ini. 

ahmad saidTiada penjelasan rasmi diberikan tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan kemelut politik di Terengganu sekarang, demikian menurut NST online.

Berikutan itu, delegasi tersebut kini akan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad sepatutnya mengetuai delegasi 16 anggota itu untuk mendapatkan tempat di beberapa universiti di Russia dan Ukraine bagi pelajaran tajaan kerajaan negeri dalam jurusan kedoktoran.

Beliau juga dijadualkan bertemu dengan pelajar Malaysia di kedua-kedua negara tersebut.

Kemelut terbaru itu tercetus apabila 10 ADUN BN tidak menghadiri sidang DUN minggu lalu setelah tiga daripada mereka menerima SMS berupa ugutan.

Bagaimanapun, mereka menyertai semula pada hari terakhir Rabu lalu atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

alias abdullahDan hari ini, Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah memberitahu Malaysiakini bahawa 18 daripada 24 ADUN BN Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak menteri besar meletakkan jawatan.

Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat mendedahkan nama-nama exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang," katanya kepada 
Malaysiakini.

Berikutan tambahan sokongan tersebut, Alias yang juga ADUN Alor Limbat berkata, majoriti ADUN BN Terengganu mahu Ahmad meletak jawatan.

Sehubungan ini, Alias menegaskan, pihaknya percaya pucuk pimpinan tertinggi parti akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: