"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kartika menghadap Tengku Mahkota Pahang esok

G. Manimaran

Kartika (kiri) dijangka akan ditemani peguam dan ayahnya. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno, 32, yang sudah lebih enam bulan menunggu untuk menjalani hukuman sebatan kerana kesalahan meminum arak dijadual menghadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, esok.

Bapa saudara Kartika Amlir Ayat mengesahkan pertemuan yang akan berlangsung di Kuantan.

“Kami sudah mendapat tarikh untuk menghadap iaitu esok,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dia dijangka akan ditemani peguam dan ayahnya.

Pertemuan itu dijangka akan mengesahkan bila hukuman sebatan, yang ditangguhkan Ogos, ke atas Kartika akan dilaksanakan.

Kartika yang kesanya menjadi perhatian ramai dan menjadi polemik telah menghantar surat memohon menghadap Tengku Abdullah berhubung pelaksanaan hukuman merotan awal bulan lalu.

Dia lebih menyatakan kesediaan agar hukuman ke atas dijalankan termasuk di khalayak ramai.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Abdul Manan Abdul Rahman memberitahu bahawa pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika akan diputuskan selepas bekas model sambilan itu menghadap Tengku Abdullah.

Bulan lalu, Tengku Mahkota Pahang juga bertitah, keputusan untuk menentukan tarikh pelaksanaan hukuman tersebut akan diumumkan dalam tempoh sebulan lagi.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: