"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR bersyukur, bidas Fairus

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersyukur “ke hadrat Allah” kerana Mohd Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan parti yang diumumkan malam tadi, kata timbalan presidennya Dr Syed Husin Ali ( gambar).

“Sejak beliau menyertai kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.

“Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Syed Husin berkata, apabila berhenti Fairus menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya.

“Tidak ada sebab bagi parti melayan tuntutan itu. Lagipun parti tidak mampu berbuat demikian.

“Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya ‘kerja’ dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000,” katanya.

Katanya beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan parti.

“Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.

“Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan.

“Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar,” katanya.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: