"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa pengganti Anwar?

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini biarlah isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang menerajui PKR kerana ia membolehkannya menumpukan perhatian kepada tugas-tugas lain.

"Azizah tidak mahu serahkan jawatan itu. Apa boleh saya buat? (
Ketawa) Lebih senang jika Azizah teruskankannya sebab saya boleh tumpukan perhatian pada perkara lain. (Setakat ini) saya sudah cukup terlibat.

"Saya bertemu dengan biro politik (PKR) setiap minggu walaupun tidak terlibat dengan urusan remeh-temeh," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan menggantikan Wan Azizah sebagai presiden pada penghujung tahun ini.

NONESetelah Anwar dibebaskan daripada penjara enam tahun lalu, teka-teki sama ada beliau akan mengambil alih jawatan nombor satu dalam PKR daripada isterinya sentiasa disebut-sebut.

Banyak pihak tertanya-tanya langkah seterusnya, apabila Wan Azizah pada tahun lalu mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi membolehkan Anwar bertanding dan memasuki parlimen, seterusnya dilantik sebagai ketua pembangkang.

Dalam wawancara eksklusif dengan
Malaysiakini baru-baru ini, Anwar disoal pelbagai perkara berhubung proses peralihan dalam PKR, termasuk pengganti-penggantinya dan kedudukan pemimpin nombor dua dalam parti itu Syed Husin Ali.

Nasib baik saya bukan Dr Mahathir...

Mengulas soal penggantinya, Anwar yang juga ketua pembangkang mahu mahu membiarkan perkara itu ditentukan melalui proses biasa parti, iaitu pemilihan parti.

pkr egm130609 leaders 02.jpgJusteru, beliau tidak akan menyatakan sokongan mana-mana pihak yang mungkin bertanding merebut jawatan tertinggi dalam parti - antara yang disebut-sebut naib presiden Azmin Ali dan anggota biro politik Datuk Zaid Ibrahim.

"Nasib baik saya bukan (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad). Kamu bercakap tentang peralihan dan pengganti... (
Ketawa) Kita ada proses pemilihan dalam parti.

"Jadi biarkan ia tentukannya. Azmin telah lama dan dikenali akar umbi. Zaid pula masuk disambut dengan tangan terbuka." katanya.

Dalam temubual di pejabatnya di Damansara, Anwar yang tidak lagi berkaca mata selepas membuat rawatan pembedahan laser berkata, beliau percara PKR sudah cukup matang bagi memilih pemimpin mereka.

Beliau juga berkata, timbalan presiden Syed Husin Ali - yang telah beberapa kali menyatakan hasratnya berundur - akan kekal di kedudukan nombor dua kerana banyak pihak tidak mahu kehilangannya.

"Saya bukan cuma mengenetepikan (persoalan tentang pengganti). Pada saya, ia bukan masalah. Saya minta pada mereka, bekerjalah dalam satu kumpulan. Mereka patut kerja keras dan turun padang," katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: