"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Teoh mungkin dicekik sebelum mati

Shazwan Mustafa Kamal

SHAH ALAM, 1 Mac: Ketua patologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor bersetuju dengan hujah peguam Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar ada kemungkinan kecederaan di bahagian leher dialami Teoh Beng Hock kemungkinan disebabkan akibat cekikan.

Bagaimanapun beliau menegaskan di mahkamah bukan cekikan yang kemungkinan menyebabkan kematian tetapi jatuh dari bangunan tinggi yang menjadi punca mendiang meninggal dunia.

“Dia (Dr Shahidan) bersetuju bahawa kecederaan kepada bahagian depan leher kemungkinan tidak berkaitan dengan kejadian jatuh. Ia terbuka kepada hujah bahawa ia kemungkinan wujud kecederaan sebelum jatuh,” kata Malik, peguam yang bertindak bagi kerajaan Selangor.

Teoh, setiausaha politik kepada kerajaan Selangor ditemui mati pada 16 Julai lalu selepas ditemu siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepanjang malam.

Malik menjelaskan kepada wartawan bahawa kecederaan kemungkinan oleh tercekik ataupun berlaku pergelutan.

Beliau berkata terdapat tiga jenis kecederaan utama pada bahagian leher dan punca kepada dua kecederaan adalah berbeza daripada kecederaan ketiga, di sekitar bahagian leher.

“Kini diterima bahawa dua kecederaan di bahagian saraf leher ada berbeza daripada saraf yang di bahagian mendalam,” katanya.

Terdahulu peguam keluarga Teoh, Gobind mengemukakan persoalan untuk menimbulkan keraguan berhubung penemuan pada hasil laporan pertama yang dikendalikan oleh Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Peguam berhujah bahawa laporan itu tidak cukup kerana tiada ujian dijalankan untuk memeriksa tanda di sekeliling leher.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: