"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kereta Perisai RM8 B dan Ahli Parlimen Bangang

rozmal
Kita ni kalau cakap sopan santun , kekadang tu orang ada yang tak endah.
Jadi kadang-kadang kenalah guna bahasa kasar untuk tarik perhatian orang yang berkenaan. Macam penduduk di Pasir Panjang, Port Dickson yang bakar geran rumah kerana dah terlalu bosan projek jalan depan rumah tak siap-siap bertahun-tahun lamanya.

Politik di Malaysia ni kekadang tu nampak bangang dan tak maju-maju. Pernah kita dengar di Amerika Syarikat 1000 ahli parti Demokrat lompat masuk parti Republican ? Pernah kita dengar di England 2000 ahli parti Buruh lompat masuk parti Konservatif ? Raso den tak ponah.

Tapi di Malaysia , polik bin ajaib. Lompat parti ni macam jadi isu utama politik dan media.

Isu nak bincangkan di sini ialah RM 8 Billion projek kereta perisai 8 tayar (AV8).

Yang poliknya ahli parlimen Cina yang bangkitkan isu ini di parlimen, tapi dari segi kos sahaja, tak dibincang dari aspek teknikal dan taktikal.

Mano poi ahli parlimen Melayu , terutama dari UMNO, PAS dan PKR ?

RM 8 Billion tu banyak tu bai. RM 2 Billion bajet Kementerian Pelajaran dipotong tahun 2010 huru hara sekolah satu Malaysia, sampai murid lepas pendidikan jasmani tak boleh pasang kipas sebelum pukul 10 pagi kununnya nak jimat kos.

Menteri Pertahanan ialah Zahid Hamidi, Timbalan Menteri ialah Dr Abd Latif (ex SDARIAN tak silap den). Yang kabinet bayangan Pakatan Rakyat ialah Saifuddin Nasutian dan Nizar Jamaluddin bahagian Kementerian Pertahanan.

Ada kita dengar ahli-ahli parlimen ini bincang isu RM 8 Billion ini dalam parlimen.

Pertahanan negara penting, ianya perlu perbelanjaan besar.

Agaknya sebab dah bosan tengok gelagat ahli parlimen di Malaysia ini, akhirnya seorang penulis senior akhbar The Malay Mail , Marhalim Abas yang mahir dalam isu ketenteraan dan persenjataan mengadakan Kempen TIDAK KEPADA Kereta Perisai AV8 ( Say No to The AV8) , macam kempen Say No To Drug dan Katakan Tidak Pada Rokok pula.

Alasan yang diberikan oleh Marhalim ialah, banyak bidang lain dalam pertahanan yang memerlukan kewangan dan lebih berkepentingan.

Alasan beliau lagi ialah takut projek AV8 ini akan gagal, sepertimana gagalnya projek Pesawat Peninjau Tanpa Pemandu ALUDRA UAV yang diakui sendiri oleh Zahid Hamidi bahawa UAV buatan Malaysia ini tidak boleh beroperasi dalam cuaca kritikal dan jarak penerbangannya hanya 150 km, sedangkan persisiran pantai negara 1700 km, dengan ini memerlukan 50 UAV.

Marhalim memberi alternatif untuk menjimatkan kos lebih baik dinaiktarafkan KIFV setanding dengan Adnan ACV.

Brigadier Jeneral Bersara Muhammad Arshad Raji pula menulis dalam blog beliau bahawa kereta perisai 8x8 tak kiralah apa jenis sekalipun, tidak sesuai digunakan di mukabumi Malaysia ini yang berlumpur, selut, bergaung dan sebagainya. Kalau nak digunakan di atas jalanraya ianya akan jadi sasaran mudah pihak musuh. Tak silap saya Jeneral Arshad ini bekas Panglima Briged Mekanise yang banyak mengendalikan kereta perisai dan merupakan Pegawai Memerintah Pasukan Malbatt 1 di Kemboja dulu.

Kita perlukan kereta perisai yang pantas bergerak di mana-mana mukabumi di Malaysia. Yang penting ialah persenjataan yang ada pada kereta perisai tersebut. Meriam yang ada pada kereta kebal Scorpion dan kereta perisai SIBMAS 6x6 mendatangkan masalah apabila beroperasi. Dikhabarkan Scorpion tidak boleh menembak semasa bergerak, ianya hanya boleh menembak apabila statik.

Blogger Shahpaskal pula tulis bahawa kelebihan AV8 ini berbanding mana-mana kereta perisai 8x8 dan Condor serta Sibmas ialah ia mempunyai ketebalan perisai sehingga ke tahap 4, ini bermakna ia mampu menangkis tembakan dari peluru perobek armor (AP Rounds) 7.62mm dan 14.5mm.

Peluru 14.5mm Oklah, macamana dengan RPG yang sekian lama digunakan oleh Mujahidin Iraq, pejuang Somalia, pejuang Chechen, pejuang Taliban yang menjadi kegerunan tentera Amerika, Russia dan NATO ?

Harap ahli-ahli parlimen kita, faham apa yang ditulis setakat ni. Kalau tak faham, pergilah jumpa Marhalim Abas atau Dr Azmi di UTM tu, sebab ini ialah RM 8 Billion yang kita bincangkan ni. Bukan RM 4 juta Kickdefella, bukan RM 70 juta APCO.

Yang kita terlepas pandang ialah media Indonesia melaporkan Malaysia akan membeli Kereta Perisai 6x6 PT Pindad dalam masa terdekat sebanyak 32 buah. Hmm, agak-agak berapa kosnya ? Adakah lebih murah atau lebih mahal dari AV8?

Jadi kepada ahli parlimen UMNO, PAS dan PKR, terutama Zahid, Dr Abd Latif, Saifudin dan Nizar bahaskan 3 perkara ini :

1. Kewajaran RM 8 Billion AV8

2. Status projek UAV Malaysia

3. 32 Panser dari Indonesia , berapa kosnya

Senator Ezam yang pahlawan bangsa Melayu abad ini, terpulanglah nak bincang isu apa-apa, mungkin RM 8 Billion ni perkara kecil. Mungkin AV 8 perkara kecil. Yang penting ialah tombak, pedang, keris, parang harus dikekalkan sebagai warisan budaya Melayu.

(Malu tengok politik Malaysia ni, orang lompat parti dilayan macam hero, tak kiralah lompat dari PAS ke UMNO, UMNO ke PAS , UMNO ke PKR dan seterusnya)

Rozmal bin Malakan

http://waghih.blogspot.com

Tiada ulasan: