"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apco: PAS Pengkalan Chepa kemuka usul tergempar

Muhammad Yusri Amin
PENGKALAN CHEPA, 2 Mei:
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa kali ke-38 semalam menyaksikan satu usul tergempar dicadangkan berkenaan hubungan Malaysia dengan Israel.

Usul tersebut mencadangkan mufti Malaysia atau Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengeluarkan fatwa mengenai kedudukan hubungan kerajaan Malaysia dengan Israel atau syarikat yang berkepentingan Isarael.

Usul itu dibangkitkan ekoran dakwaan penglibatan syarikat perunding berkepentingan Israel, Apco Worldwide dalam bidang telekomunikasi Malaysia.

Timbalan Menteri Besar Datuk Haji Ahmad Yakob ketika merasmikan mesyuarat itu berkata, semua mesyuarat agung PAS kawasan wajar mengambil ketetapan sama dengan membuat usul tersebut.

"Bahkan saya amat bersetuju sekiranya mana-mana kawasan PAS mengambil ketetapan usul sebegitu," katanya yang juga timbalan ketua dewan ulama PAS pusat.

Selain itu, beliau menyatakan dewan ulama PAS pusat telah pun mengambil pendirian bersama ahli jawatankuasa PAS pusat membuat bantahan terhadap khidmat Apco Worldwide yang diguna oleh Kerajaan Malaysia.

"Kita membuat bantahan, dan menggesa kerajaan Malaysia membatalkan perjanjian dengan Apco. Selain itu, kita menyokong penubuhan satu suruhanjaya bebas, Suruhanjaya Diraja bagi menjalankan siasatan terhadap (pihak tertentu dan proses berkaitan penggunaan Apco oleh kerajaan Malaysia itu)," katanya.

Mesyuarat semalam berlangsung di Kompleks PURNAMA di sini.

Selain itu, Pas kawasan juga dinasihatkan terus memperkuatkan jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, yang mungkin diadakan pada akhir tahun 2011.

"Ini penting oleh kerana pemerintah (yang didominasikan Umno-BN) mempunyai peluang menggunakan media massa dan jentera kerajaan bagi memenangi pilihan raya tersebut serta menabur janji yang banyak," katanya.

Tiada ulasan: