"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahfuz pertahan cadangan 5 naib presiden PAS

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempertahankan cadangannya supaya parti itu menambah bilangan naib presidennya kepada lima orang sebagai langkah untuk menangani keperluan pada masa hadapan.

Katanya, peruntukan jawatan tersebut tidak harus dikekalkan sebanyak tiga kerusi seperti sekarang kerana "tekanan" yang dihadapi mereka semakin bertambah.

"(Cadangan) penambahan jawatan naib presiden bukan sekadar memberi kuota untuk wanita," kata Mahfuz (kiri) yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Ekoran keputusan Muktamar Dewan Muslimat PAS pada 10 Jun lalu - yang meluluskan usul agar diwujudkan satu jawatan naib presiden untuk disandang anggota wanita - Mahfuz mencadangkan jumlahnya ditambah kepada lima.

Selain tiga yang dipilih, beliau mencadangkan dua lagi naib presiden dilantik melalui kuasa presiden.

Cadangan itu bagaimanapun ditentang sebahagian anggota Dewan Muslimat yang tidak mahu diberi kelebihan hanya kerana jantina, sebaliknya mahu bertanding di padang sama rata.

Ketika dihubungi
Malaysiakini, Mahfuz berkata kini terpulanglah kepada pihak Muslimat sama ada mahu menerima cadangannya atau tidak.

"Pertambahan (jawatan naib presiden) bukan semata-mata faktor mengisi bagi kuota Muslimat. (Sebaliknya) hanya keperluan untuk parti sahaja," katanya.

Tiada ulasan: