"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

RM6.7 Bilion Untuk Dua Kapal Selam Scorpene

Kerajaan membelanjakan RM6.7 bilion untuk dua kapal selam Scorpene dimana pembeliannya kini disiasat kerana mahkamah Perancis kerana disyaki mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Zahid, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.

“Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Zahid.

Daripada jumlah itu, RM454.186 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang dikatakan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bayaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak RM4.85 billion.

Zahid juga mendedahkan kerajaan membayar RM1.1 bilion untuk peluru berpandu yang dijangka dibekalkan menjelang tahun 2013.

Tiada ulasan: