"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

40 anggota DHPP Perak temui Menteri Besar

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 22 Jun:
Seramai 40 orang daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Perak telah mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tengah hari tadi.

Pengerusinya, Ong Choi Ee, bersama beberapa orang anggota jawatankuasanya yang lain sempat berbual mesra dengan Tuan Guru di pejabatnya, selepas sesi sidang Dun berakhir tengah hari tadi.

Tuan Guru mengucapkan terima kasih kepada rombongan berkenaan kerana sudi mengunjunginya serta melawat beberapa tempat menarik di negeri ini.

“Amat rugi kiranya datang ke Kelantan tidak mengunjungi tempat-tempat menarik di negeri ini, apa lagi kalau baru mengunjunginya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pengakuan Ong yang mendakwa baru pertama kali mengunjungi negeri ini.

Selepas pertemuan itu, semua peserta rombongan bergambar kenangan dengan Tuan Guru sambil menyampaikan bertukar-tukar cenderahati.

Petang ini, dijangka sesi dialog akan diadakan di antara Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10.

Selain itu, rombongan dijangka mengunjungi beberapa tempat menarik di negeri ini seperti rumah-rumah ibadat di Tumpat, Wakaf Che Yeh dan sekitar Kota Bharu.

Tiada ulasan: