"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib: Keadilan untuk semua selaras dengan Islam! ( So kena benarkan judi bola)

dewa
SELEPAS Nazri Aziz membuat sidang media mengatakan bahawa dirinya melupakan sengketa lama dan bersetuju benar dengan kenyataan Tun Mahathir bahawa JUDI BOLA patut dibenarkan kerana menghormati bukan-Islam yang dahagakan judi, Najib pula membuat kenyataan bahawa keadilan untuk semua SEBENARNYA SELARAS DENGAN ISLAM. Wow! Keratan akhbar disertakan:

BERITA HARIAN: Kerajaan BN tetap adil kepada semua kaum: Najib

2010/06/20

BAGAN DATOH: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan prinsip keadilan sosial yang berteraskan semangat dan prinsip 1Malaysia yang berlandaskan kepada Perlembagaan dan Rukun Negara.

Perdana Menteri berkata, berlandaskan prinsip berkenaan, BN perlu berlaku adil kepada semua kaum di negara ini yang mana ia juga selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri." TAMAT

LUCU SUNGGUH. Nazri Aziz dengan Tun Mahathir ni macam anjing dengan kucing waktu bergaduh dulu. Kata Tun, Nazri ni kaki Pukul aje."DULU DIA CIUMM TANGAN SAYAAA".

Nazri Aziz pulak kata Tun patut shut up selepas resign dan ciumannya dulu hanyalah kerana Tun ialah PM ketika itu.

Nazri ni memang psiko. Ingat lagi bila dia marah DAP: "Kalau you tak suka, you keluar Malaysia!". Pasal apa ntah dia mengamuk dulu.

Meskipun begitu, demi perjuangan murni membela Vincent Tan dan agenda judinya, Nazri Aziz dan Tun Mahathir sanggup melupakan sengketa lama untuk bersama-sama sepakat dan berpadu menegakkan JUDI BOLA.

SELEPAS INI, bolehlah mereka berdua berjalan berpimpin tangan sehati sejiwa..

Tun Mahathir dan Nazri, malah Najib sendiri begitu bersungguh memperjuangkan JUDI sedangkan parti macam DAP yang rata-rata ahlinya bukan Islam pun menentang Judi World Cup kerana kesan buruk Judi kepada masyarakat bukan Islam.

SELEPAS INI, Nazri Aziz dan Tun Mahathir mungkin akan memperjuangkan hak untuk mendapatkan lesen pelacuran pula demi menghormati golongan tertentu yang bukan Islam terutamanya 'untuk mengawal pelacuran haram'.

PENULIS memang selalu tersenyum sipu sendirian bila melihatkan ahli bawahan UMNO yang begitu mengagungkan Tun dan bos-bos mereka.

Meskipun begitu, sokongan mereka ni bermusim. Jangan lupa bagaimana Tun dipijak-pijak mereka sewaktu zaman Pak Lah dulu. Minta simpang la dari puak-puak nihh .

Eh eh.. mana pulak hilang Jamil Khir, Mashitah, Pirdaus dan Harussani nih????? Zulkifli Noordin pun dah silent pulak lepas balik dari Amerika nih. kwah kwah

Tiada ulasan: