Chua diberi tempoh selama 14 hari untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu, yang menetapkan denda sebanyak RM2,000 atau dua bulan penjara atas kesalahan menggigit polis.
Pertikaian pada masa ini tertumpu kepada kesan denda tersebut ke atas kerusi Chua, memandangkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kerusi seseorang wakil rakyat boleh dibatalkan oleh mana-mana mahkamah sekiranya dihukum denda "tidak kurang daripada RM2,000."
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Jun lalu mengurangkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara, yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret pada 29 Oktober tahun lalu.
"Penangguhan hukuman oleh Mahkamah Rayuan adalah perlu dan tertakluk kepada persoalan undang-undang uang timbul dalam proses rayuan di Mahkamah Tinggi," kata Ranjit dalam satu kenyataan.
"Walaupun penetapan hukuman telah menjadi pertikaian umum (berkaitan kesan kepada kedudukan Chua), permohonan untuk menangguhkan hukuman bagi rayuan akan dikemukakan, sebahagian besarnya, (bagi mencabar) keputusan Mahkamah Tinggi yang mempertahankan sabitan tersebut," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan