KULIM: Isteri beranak satu, berusia 28 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech, dekat sini lari keluar dari rumah dalam keadaan berbogel apabila dikejar dan dipukul suaminya berusia 30-an.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya berkaitan masalah peribadi.
Seorang penduduk yang tidak mahu dikenali dan menyaksikan kejadian itu berkata, pasangan itu dikatakan berkahwin sejak 10 tahun lalu dan sering bergaduh.
Katanya, mangsa sering dipukul dan dicederakan setiap kali pasangan itu bergaduh dan sehingga kini, mangsa dikatakan tidak membuat sebarang laporan polis terhadap penderaan dialaminya kerana bimbang tindakan undang-undang diambil terhadap suaminya.
”Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya dan berlari keluar daripada rumah dalam keadaan bertelanjang bulat selepas dipukul dan ditendang suaminya.
“Mangsa kemudiannya masuk ke rumah untuk memakai baju dan melarikan diri.
"Pasang ini memang selalu bergaduh. Mangsa pernah memaklumkan kepada jiran berdekatan bahawa dia akan dipukul suaminya setiap kali bergaduh,” katanya.
Mangsa bimbang dengan keselamatannya, melarikan diri ke rumah jiran berdekatan untuk mendapatkan perlindungan, bagaimanapun suaminya tetap mengekori mangsa.
Ketika berada dalam rumah jiran, suami mangsa lafazkan cerai talak satu kepadanya sebelum keluar.
Mangsa yang trauma dengan kejadian itu dinasihatkan jiran mendapatkan pengesahan status perkahwinan dan lafaz cerai yang dibuat suaminya.
”Suami mangsa sebelum ini pernah mendapat rawatan di pusat pemulihan dadah selama dua tahun dan dibebaskan beberapa tahun lalu.
"Suami mangsa tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan mungkin ini mendatang tekanan kepadanya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan