MINGGU lepas Umno Kelantan telah mengadakan permukiman (retreat) di Surabaya Indonesia selama tiga hari empat malam. Semua anggota badan perhubungan Umno menghadirinya. Pengerusi dan timbalannya, Mustapa Mohamed dan Awang Adek juga ikut sama. Annuar Musa juga tidak ketinggalan. Apakah resolusi atau pun hasil daripada permukiman berkenaan?
Apakah mereka ke Surabaya benar-benar bermukim atau pun melakukan keseronokan politik lain. Ada sesuatu yang menarik dari Surabaya itu dan Pas Kelantan perlu berbuat sesuatu.
Sesuatu yang lain katanya ada sepasang peserta wanita dan lelaki yang hilang dan tidak pun sempat untuk sama-sama melakukan permukiman. Mereka dikatakan bermukim di tempat lain? Benarkah?
Saya menunggu maklumat ini dan kalau ianya didapati benar akan saya ulas bersama hasil permukiman itu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan