"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jumpa MB: Khusrin Enggan Ditemuramah

SELAYANG, 7 FEB: Usaha untuk mendapatkan reaksi daripada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi berhubung isu pertemuan beliau dengan Menteri Besar Selangor yang dijadualkan hari ini gagal apabila beliau enggan ditemuramah.

Khursin yang hadir bersama anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pegawai Daerah ke sesi lawatan tapak pelupusan sampah Sungai Kertas, Batu Caves pagi tadi kelihatan cuba mengelak bertemu petugas media.

Sejurus selepas itu, Pegawai Perhubungan Awam MPS, Azhar Che Salleh menjelaskan beliau(Khusrin) tidak mahu ditemuramah ketika ini.

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dilantik kerajaan pusat pada 27 Disember lalu untuk memegang jawatan SUK Negeri Selangor menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang telah bersara.

Namun perlantikan Khusrin mencetuskan kontroversi apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mempersetujui keputusan yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan atas sebab kreadiliti dan integriti Khusrin yang dipersoalkan.

Susulan itu, usaha kerajaan Selangor untuk meminda Rang Undang-Undang Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa perlantikan kepada kerajaan negeri turut gagal.

Semalam Khusrin menjelaskan beliau masih belum menerima sebarang arahan rasmi daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pertemuan yang

Memetik laporan The Malaysian Insider hari ini, pegawai di pejabat Menteri Besar Selangor berkata, Tan Sri Khalid akan kembali bertugas pada 7 Februari nanti walaubagaimana pun tidak menyatakan sebarang hasrat untuk bertemu Khusrin hari ini.
-tvsnews-

Tiada ulasan: