"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II bersambung, doktor HKL di kandang saksi

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguam Karpal Singh dijangka terus ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng berhubung borang perubatan pro-forma.

Borang pro-forma itu adalah soalan lazim yang digunakan semasa pemeriksaan penderaan seksual dan dalam kes ini, ia membabitkan pengadu kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga adalah bekas pembantu ketua pembangkang itu.

Pada sesi mahkamah yang lalu, Siew hanya mengemukakan borang pro-forma yang kosong untuk rujukan pihak pembelaan.

Doktor itu juga enggan merujuk kepada nota-nota perubatannya ketika disoal balas oleh pihak pembelaan tetapi kemudiannya sering-kali melihatnya semula ketika mahkamah berhenti untuk rehat.

Akibatnya, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah terpaksa mengarahkanya supaya menyerahkan nota itu kepada pihak pembelaan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga kembali beraksi di mahkamah selepas mengalami keretakan tulang di kakinya.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian perwakilan asing di negara ini termasuk daripada Finland.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: