"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suruhanjaya Diraja kes Teoh mula bersidang

Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock bermula di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini.
teoh beng hock royal commission first meeting 290111 james foong
Keadaan sesak dengan kehadiran ramai yang berminat mengikuti kes tersebut.

Inkuiri berkenaan dirakamkan melaui sistem litar tertutup televisyen (CCTV) dan disalurkan secara langsung kepada wartawan di bilik media, berhampiran bilik mahkamah. Menurut pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang juga hakim Mahkamah Persekutuan, perbicaraan juga boleh diikuti secara langsung di luar mahkamah di tingkat ketiga.

Hadir pagi ini adalah adik Beng Hock, Teoh Lee Lan yang diiringi oleh peguamnya, Karpal Singh dan Gobind Singh Deo.

Selain menyiasat punca kematian Teoh, suruhanjaya itu juga akan menilai sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) PRM mematuhi prosedur ketika menyoalsiasat Teoh sebagai saksi, berhubung kes dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan Selangor.

Teoh yang merupakan pembantu kepada exco kerajaan Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009, selepas disoalsiasat semalaman di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 bangunan tersebut.

Suruhanjaya ini dijangka menyelesaikan siasatan dan menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong selewat-lewatnya pada 25 April.

Siasatan akan dijalankan dari hari Isnin hingga Jumaat setiap minggu.

Tiada ulasan: