"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Marina mahu sistem pilihanraya yang telus kata Muhkriz

Milo SuamANAK Tun Mahathir, Datuk Mukhriz mengakui bahawa kakaknya Marina menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu kerana mahukan pilihanraya yang lebih telus sambil menafikan bahawa kakaknya itu menyokong pembangkang [Sinar].



Dalam hal ini jelas sekali bahawa Datuk Mukhriz secara tersirat mengakui bahawa Malaysia memerlukan sistem demokrasi yang lebih telus. Kalau dilihat, sememangnya terlalu banyak bukti-bukti penyelewengan daftar undi yang sudah tersiar di internet, di blog-blog dan di facebook. Semua bukti-bukti ini tidak dapat dinafikan sama sekali.

Datuk Mukhriz, jelas sekali tidak bercanggah pendapat dengan kakaknya Marina yang menyertai perhimpunan itu, namun sebagai ahli politi BN, beliau terpaksa mengikut segala telunjuk kerajaan Rosmah Mansor. Permintaan BERSIH 2.0, yang berhimpun secara aman untuk mendesak pembaharuan dalam pilihanraya adalah tindakan yang wajar.

Hak untuk mendapatkan pilihanraya yang telus dan adil bukanlah hak pembangkang sahaja, malah sebelum ini pihak BERSIH 2.0 turut mempelawa penyokong-penyokong Barisan Nasional untuk sama-sama berhimpun secara aman sambil memeriahkan lagi perhimpunan tersebut.

ReJaM© "Berhimpun secara aman meminta sesuatu yang baik pun kena belasah dengan Polis gila, gila..."

Tiada ulasan: