"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Patutlah hang lari...

Aizat Sharif
am@hmetro.com.my
ISMAIL (tengah) menunjukkan ruang bot yang dijadikan tempat menyembunyikan 150 ketulan mampat ganja. FOTO Aizat Sharif
ISMAIL (tengah) menunjukkan ruang bot yang dijadikan tempat menyembunyikan 150 ketulan mampat ganja. FOTO Aizat Sharif
Kangar: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 150 ketulan mampat disyaki ganja bernilai lebih setengah juta ringgit yang ditemukan di dalam bot gentian kaca di tepi muara Sungai Perlis di Kuala Perlis, di sini, 16 Ogos lalu.

Dadah itu ditemukan sepasukan anggota Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis yang melakukan rondaan berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand di Kuala Perlis, 7.50 pagi.

Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata, anggota kastam bertugas yang melakukan rondaan menerima maklumat berhubung kemasukan bot itu dari negara jiran ke perairan negara ini.

"Gerak geri yang mencurigakan lelaki yang mengendalikan bot berkenaan menyebabkan anggota kita mengekori sampan berkenaan sehingga memasuki muara Sungai Perlis di Kuala Perlis.

"Hampir 30 minit membuat pemerhatian, lelaki itu memecut dan menghentikan botnya itu berdekatan sebuah jeti nelayan berhampiran Kampung Bahagia, Kuala Perlis sebelum menghilangkan diri," katanya ketika ditemui di pejabat JKDM Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis, di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan ke atas sampan tanpa nombor pendaftaran itu menemukan 150 ketulan mampat yang disyaki ganja dengan anggaran berat sebanyak 150 kilogram.

"Nilai rampasan ganja itu dianggarkan berjumlah RM649,300 manakala anggaran nilai sampan berkenaan termasuk sebuah enjin sangkut yang disita itu adalah sekitar RM40,000," katanya.

Katanya, Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tiada ulasan: