"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Beberapa dana 1MDB ditemui dalam akaun Najib

Ho Kit Yen

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa mengesan dan menemui beberapa dana 1MDB dalam akaun bank Najib Razak, kepada penganalisis Bank Negara kepada Mahkamah Tinggi.

Adam Ariff Roslan dalam keterangannya pada perbicaraan Najib berkait 1MDB berkata, dia dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2018 dan menyertai pasukan petugas 1MDB.

Ketika bersama SPRM, dia membantu pegawai penyiasat Nur Aida Arifin untuk mengesan kaitan antara dana yang dikumpul 1MDB dengan wang yang Najib terima dalam akaunnya.

“Dia (Aida) memberikan kepada saya pelbagai dokumen perbankan sebagai rujukan,” kata Adam, dan menambah dokumen berkenaan terdiri daripada penyata bank tempatan dan asing.

Selepas menjalankan analisis ke atas jejak wang, dia menyediakan suatu laporan bagi memastikan rantaian transaksi dengan kaitan kepada sumber-sumber dana yang diterima oleh Najib.

“Dalam analisis saya, jejak wang dana-dana tersebut yang diterima oleh dua akaun yang diperkatakan itu boleh dikesan dan dibahagikan kepada empat fasa, iaitu ‘Good Star’ (pada 2011), ‘Aabar BVI’ (pada 2012), ‘Tanore’ (pada 2013), dan ‘Options Buyback’ (pada 2014),” kata Adam.

Dalam hujah pembukaan pihak pendakwaan pada 2019, ia mendakwa Najib memainkan peranan penting dalam semua empat fasa itu dengan tujuan untuk mengayakan diri sendiri.

Dakwanya lagi, selepas skandal 1MDB diketahui pada awal Julai 2015, bekas perdana menteri itu dan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, “mengambil langkah-langkah untuk menyembunyikan jejak (Najib)”.

Najib menghadapi perbicaraan bagi 25 tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang berkait RM2.28 bilion dana didakwa dana 1MDB, yang dimasukkan ke akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Perbicaraan dihadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah diteruskan.

Tiada ulasan: