"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemalangan maut, Rolls-Royce rempuh lori pada kelajuan 200 kilometer sejam

KOSMO!
Sebuah kereta Rolls-Royce merempuh lori tangki di sebuah lebuh raya di Haryana pada Selasa lalu. - Foto Twitter
NEW DELHI, India  – Sebuah kereta Rolls-Royce dipandu laju pada kelajuan 200 kilometer sejam merempuh belakang sebuah lori tangki di negeri Haryana, India, lapor portal berita Win Ne2ws semalam.

Menurut laporan, terdapat tiga penumpang menaiki lori tangki itu yang melalui Lebuh Raya Delhi-Mumbai pada Selasa lalu.

Malangnya, dua daripada mereka termasuk pemandu lori  maut akibat cedera parah dalam nahas tersebut. Penumpang ketiga lori tersebut turut cedera. 

Menurut polis, terdapat tiga penumpang di dalam kereta Rolls-Royce itu. Kesemua mereka  mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital di Gurgaon.

Salah seorang penumpang kereta itu ialah Vikas Malu iaitu  pengarah syarikat Kuber Group.

Laporan media memetik seorang pegawai kanan polis sebagai berkata, menyatakan punca utama kemalangan terletak pada pemandu kereta Rolls Royce itu.

Tiada ulasan: