"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyokong Pas cepat sebar fitnah, akhirnya muncul kisah sebenar konsert

HarapanDaily.com

AHMAD MURSI

Setelah seharian walaun menabur dosa atas nama agama dengan pelbagai tuduhan kepada PMX, akhirnya hari ini kebenaran muncul. Alhamdulillah.

Andrie Ung Han Xiang muncul dan jelaskan dia yang bawa 700 anak-anak yatim dan kanak-kanak Tahfiz Rohingya yang tidak boleh berbahasa Melayu itu.

Dia anak kepada Datuk Seri Sunny Ung, ahli perniagaan, dermawan yang memiliki beratus-ratus anak angkat (ramai Melayu) dan membantu pusat-pusat tahfiz.

Katanya, tujuannya ikhlas untuk bagi peluang anak-anak yatim yang tidak berkemampuan menyertai festival yang ada permainan kanak-kanak, konsert dan aktiviti-aktiviti lain.

Jemputan itu tiada kaitan dengan PMX, kerajaan dan KFC pun.

PMX hadir atas jemputan meraikan 50 tahun KFC di Malaysia sebagai penghargaan bantu ekonomi negara dan rakyat dengan mewujudkan banyak peluang kerja.

Ahli perniagaan ini juga banyak buat program kebajikan di Kelantan meraikan masyarakat Melayu anak-anak angkatnya. Ada juga bersama MB Kelantan. (lihat gambar).

Sertai parti Islam, tidak bermakna walaun kebal dari dosa. Sertai politik nak cari pahala, tapi dosa kering yang dapat.

Tapi macam biasalah, walaun cepat sebarkan fitnah, tapi penjelasan macam ini tak sebar pun.

Khawarij dulu, buat perkara dosa besar tapi dalam fahaman dan fikirannya konon untuk bantu ‘perjuangan Islam’. Sama tak?

Tiada ulasan: