"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DBKL tutup premis ‘saji’ tarian separuh bogel

Bernama
Tangkap layar video tular menunjukkan sekumpulan wanita menari di hadapan sebuah premis di Jalan Bukit Bintang. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan penutupan serta-merta dan kompaun ke atas sebuah premis di Jalan Bukit Bintang susulan video tarian separuh bogel di hadapan premis itu yang tular di media sosial minggu lalu.

DBKL menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan Jabatan Penguatkuasaan pada 23 Ogos lalu menjalankan tindakan khas di premis terbabit dan mendapati ia mempunyai lesen komposit kedai runcit (barangan kering sahaja) bagi menjalankan aktiviti pasar raya.

Bagaimanapun, menurut DBKL premis terbabit dikendalikan oleh empat pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja sah, masing-masing dua warganegara Bangladesh dan Iran.

“Oleh itu, DBKL mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan.

“Premis itu juga diarahkan untuk ditutup serta merta kerana dikendalikan oleh bukan warganegara,” menurut hantaran itu.

DBKL turut memaklumkan hasil maklumat pekerja premis itu mengatakan kejadian tarian separuh bogel itu berlaku pada 5 Julai lalu bersempena sambutan ulang tahun premis tersebut.

Tiada ulasan: